ABC - Ahmad Bin Baharom.
Abc mula bergiat dalam bidang lukisan semenjak tahun 1979 dan menjadi Pengusaha Batik Sutera diTerengganu sejak Tahun 1980 disamping itu menjalankan perusahaan Silkscreen.
Mula mereka layang-layang sejak 1999 di Kampung Banjir, Simpang Sepayang, Kuala Rompin, Pahang dan meneruskan usaha setelah berpindah ke Klang pada tahun 2000.
Dengan berpindah keKlang Abc dapat meneruskan usaha merekacipta layang dan beberapa produk lain kerana mudah mendapat bahan yang diperlukan. Dalam masa yang sama Abc mendalami kepakaran asas-asas pembuatan seperti Percetakan Offset dan Inkjet, Metal Stamping, Moulding dan Icing.
Dari tahun 2000 Abc meneruskan rekacipta layang-layang dan disamping itu anak-anak terus menjual hasil-hasil rekaan dari rumah sahaja dan sehingga kini masih terus mendapat sambutan.
Sepanjang membuat rekaan Abc berjaya membuat beberapa pembaharuan dalam rekabentuk layang-layang dan akibat terlalu banyak, Abc terpaksa mengasingkannya kepada Versi, Jenis dan Corak. Maka lahirlah Versi Layang-Layang Abc seperti berikut.
1. LE'LAYANG KITA.
Bahan: Buloh dan Plastik.
2. EASTETIKA KITE.
Bahan: Fiber Rod, Plastik dan Nylon Bercetak.
3. ABC COLLECTION KITE.
Bahan: Fiber dan Carbon Rod serta Nylon dan Ripstop
4. ABC EVO KITE.
Bahan: Fiber dan Carbon rod serta Nylon dan Ripstop.







Tiada ulasan:
Catat Ulasan